RM 1 billion dibelanja untuk pelbagai projek infra Rakyat di Segamat

Lebih RM 1 billion telah dibelanjakan untuk pelbagai projek Infra Rakyat di Segamat sejak Dr. S Subramaniam dipilih sebagai Wakil Rakyat pada tahun 2004.

Calon P.140 Segamat Datuk Seri Dr.S.Subramaniam telah menghadiri perjumpaan dengan Dewan Perniagaan Cina Segamat bersama beberapa kumpulan peniaga mewakili kaum Tionghua.Beliau terlebih dahulu mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh Tan Sri Lim dan para peniaga Cina Segamat sehingga ke hari ini.

Datuk Seri menjelaskan semua pembangunan Segamat yang jelas dan diiktiraf oleh pemimpim tempatan sendiri mewakili kaum Tionghua.

Pembinaan jalan Tangkak – Segamat adalah salah satu langkah yang dilancarkan sebagai pemangkin ekonomi Segamat.Pada masa yang sama beliau turut memperingatkan bahawa masalah banjir di Segamat telah berjaya dikurangkan sebanyak yang mungkin melalui projek tambatan kerajaan persekutuan.Ini secara langsung mengelakkan kerugian yang biasa dialami old para peniaga ketika musim hujan.

Turut diperjelaskan adalah komitmen kerajaan dalam membangunkan Ekonomi Segamat melalui kemasukan daerah Segamat ke dalam ECER dan disamping pelancaran “Segamat Economic Development Action Plan (SEDAP) yang akan memangkin pembangunan ekonomi setempat dalam tempoh 2018-2023.

Datuk Seri juga mengambil peluang untuk menjelaskan betapa banyak bantuan yang dibuat bagi penduduk Tionghua di Segamat dan meminta mereka untuk mengundi dengan bijak pada 9 Mei 2018 nanti.Setiap undi adalah untuk masa depan Segamat.

 

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *