Peruntukkan RM800,000 kepada Kuil & Sekolah Tamil di Cameron Highlands

Datuk Sri Dr S Subramnaiam, Presiden MIC telah membuat lawatan kerja ke Cameron Highlands pada hari 6hb Mac 2018. Beliau telah menegaskan bahawa Parlimen Cameron Highlands merupakan kerusi tradisi MIC sejak dahulu dan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) maklum akan perkara itu walaupun terdapat parti komponen BN yang lain berminat untuk bertanding di kerusi itu.

“Jentera parti MIC sudah melakukan gerak kerja (dalam mendekati pengundi) sejak dahulu. Bagaimanapun, tiada masalah jika (parti komponen) mahu bekerja di sini bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN. Tiada isu dalam perkara itu,” katanya.

Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian cek berjumlah RM800,000 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Terla dan Persatuan Penganut Dewa Sri Maha Mariamman di sini.

One Comment

  1. Pingback: Peruntukkan RM800,000 kepada Kuil & Sekolah Tamil di Cameron Highlands – MIC

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *