“Cameron Highlands adalah kerusi MIC” – Dr Subra

Perpaduan dan kerjasama di antara pemimpin MIC di akar umbi sebagai satu pasukan amat penting bagi memastikan kejayaan calon MIC di PRU 14 yang bakal di adakan pada bila-bila masa. Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata demikian pada sidang media Mesyuarat CWC pada petang hari Isnin 19 Februari 2018.

“Kita akan rugi jika kita berpuak dan menepikan perjuangan parti “ Katanya. Tambah beliau, senarai nama calon MIC telah pun di serahkan kepada YAB Dato Sri Najib yang juga Pengerusi BN.

Menyentuh mengenai Kerusi Parlimen Cameron Highlands, Presiden MIC telah menegaskan pendirian MIC di mana ianya adalah Kerusi MIC dan MIC telah melantik seorang Penyelaras yang kini giat turun padang menjalankan tugas di sana.

One Comment

  1. Pingback: “Cameron Highlands adalah kerusi MIC” – Dr Subra – MIC

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *